Ahad, 23 Mei 2010

Bauan masakan ...

Dulu pernah abang tercium bauan masakan saperti ini
Oh sedapnaya ....
Terbuka selera ingin merasa
Tapi entah masakan siapa ..

Hari ini bauan itu tercium lagi
Bauan ini lagi menarik
Enaknya terhidang di meja
Sayang masakan untuk abang .

Terima kasih sayang .
Sayang memang handal meneka selera abang .

Jumaat, 14 Mei 2010

cinta

Hari ini kita di lamun cinta
Cinta kita bermula dari semalam yang lama
Besok kita terus bercinta
Moga cinta kita paling bahagia dalam sejarah insan bercinta .

Dalam percintaan kita
Hanya bertulis perkataan cinta ...

Ahad, 9 Mei 2010

Ibu pada anak-anak ku


Isteri ku
Kau ibu pada anak-anak ku
Kesabaran mu tidak mengira waktu
Mereka membesar bersama ciuman mu .

Berbahagialah kau dengan cinta mu
Jangan di hentikan cinta itu
Teruskanlah doa mu
Usah kau terasa jemu
Usah kau terasa ragu
Mereka juga mencintai diri mu .

Gembiralah kau selamanya
Terkenang hari semalam
Lihatlah mereka sekarang .






Sabtu, 8 Mei 2010

Kejujuran

Kejujuran cinta mu
Bersama kesetiaan yang kau miliki .

Apapun terjadi
Kau tetap di sisi
Sifat amat terpuji
Tertanam di hati .

Isteri yang ku kasihi
Berbahagialah percintaan ini ..

Jumaat, 7 Mei 2010

Cinta

Cinta ada di hati
Sebati dan suci
Hanya diri paling mengerti .

Semoga engkau jua turut memahami
Rasa cinta ini .

Dan berdoalah kita agar cinta kekal abadi ....