Khamis, 29 April 2010

Cinta suci

Kita sering bersama
Namu rindu tetap menjelma .

Menyubur kasih dan sayang
Berkembang bersama hari mendatang .

Kisah cinta yang kita lalui
Ingatannya menguatkan lagi cinta di hati
Kau dewi sanubari
Wahai isteri yang amat ku cintai .

Berdoa pada Ilahi
Moga cinta ini paling suci
Di anugrah pada insan di dunia ini ...








Selasa, 27 April 2010

Cinta selamanya

Dulu mula bertemu
Aku mencintai diri mu
Tidak berkurang cinta itu
Bertambah setiap waktu .

Semoga kau tahu
Cinta di hati ku
Cinta ku selamanya untuk mu .

Di takdirkan aku pergi menemui Tuhan ku
Doakan kebaikan untuk ku
Bersama cinta mu pada ku ...

Isnin, 26 April 2010

Bersama mu selalu


Bukan sebuah mimpi
Satu realiti yang ku kecapi .

Malam dan siang mu
Bersama dalam pelukan kasih ku .

Suara gembira mengucap bahagia
Ikatan sayang kita berdua
Betapa mesra kita rasa
Selamanya kita bercinta .

Dulu aku merindu tanpa kau di sisi
Kini aku lebeh merindui lagi
Bersama ciuman rindu tiap hari
Kau lah isteri yang ku cintai ...




Sabtu, 24 April 2010

Rindu pada mu


Cinta ku pada mu
Merindu cinta kasih mu .

Bersama aliran darah di tubuh
Memuja sayang pada mu
Denyut nadi bagai tasbih rindu .

Aku rindu pada mu .

Aku rindu pada mu .

Aku rindu pada mu .

Bersama hayat ku
Berbahagialah cinta ku
Berdoa pada Tuhan ku .







Jumaat, 23 April 2010

Kau istimewa

Kau sangat istimewa pada diri ku
Aku mengenal cinta bersama cinta mu
Hati mu dan hati ku bagai satu
Kekadang kata-kata hati ku
Senangnya dapat dapat kau tahu
Tanpa perlu bicara ku .

Aku diam membisu
Kau mendengar bicara ku
Kekadang bicara ku
Kau lebeh tahu
Begitulah aku pada diri mu .

Kau pada diri ku
Bagai nyawa dalam diri ku
Siang dan malam bersama mu
Mencium haruman kasih mu .

Khamis, 22 April 2010

Ceritera cinta

Di dalam hati ku
Penuh berisi rasa cinta pada mu
Bersama kasih sayang seumur waktu
Bersama rindu bagai nafas hidup ku .

Hari hari yang berlalu
Bertambat erat jalinan hati ku dan hati mu .

Kita lebih mengerti erti perkasihan
Kau dan aku menjadi kekasih sepanjang zaman .

Menjadi ceritera cinta tauladang
Sangat indah untuk di kenang ...

Tentang remaja yang di tinggalkan
Saat demi saat melangkah kedewasaan .


.

Rabu, 21 April 2010

Kesabaran

Dalam kehidupan
Kesabaran amat di perlukan .

Sebagai insan biasa
Tak terlepas dari kesilapan dan terlupa .

Dunia penuh pacaroba
Menguji kekuatan cinta kita .

Cinta kita tidak terusik
Biar sesekali minda di usik .

Kesabaran di hati kita
Lalu kita terus bercinta
Masalah adalah gula-gula
Begitulah kita rasa ...







Selasa, 20 April 2010

Roh cinta

Cinta kita bersama
Berdoa pada Tuhan Yang Maha Berkuasa .

Roh percintaan setia abadi
Syukur pada Illahi .

Usang usia bersama zaman berlalu
Kusang wajah di mamah waktu
Kedut mengukir di tubuh selembut baldu
Mengingatkan diri selalu
Betapa hebat cinta di kalbu ...

Cinta bukan kerana harta
Cinta bukan kerana rupa
Itu lah cinta yang di bina
Hiduplah rohnya selama-lama ....






Isnin, 19 April 2010

Bahtera kehidupan

Bila kita mengenal cinta
Itulah percintan sayang dan abang
Rindu kasih dan sayang menjadi milik kita
Kita bawa bersama ragu dan bimbang
Melepasi berbagai dugaan
Kita sebagai pejuang
Akhirnya kita menang
Menjadi suami isteri meneruskan percintaan .

Kita bersama didalam sebuah bahtera kehidupan
Abang sebagai nakhoda
Sayang membaca arah tujuan
Kita berlayar di lautan dunia yang luas
Kita lalui arus gelombang
Kita lalui arus tenang
Berlindung dari hujan
Berlindung dari panas matahari
Ribut taufan melanda jua sekali sekala
Lautan ini banyak lagi bahtera lain
Kadang bergeseran tanpa sengaja
Kita berusaha dan berjaya .

Cinta rindu kasih dan sayang di teruskan
Kemesraan dan keindahan kehidupan ini
Siang dan malam yang kita lalui
Lahir putra puteri yang kita sayangi
Bahtera ini semakin berseri berwarna-warni
Lagi banyak kita belajar memahami
Pahit manis pelayaran bahtera ini .

Kadang kita berbicara tentang hari semalam
Rimba yang pernah kita lalui
Luka badan di tikam duri
Gurun yang kita lintasi
Kandang panas hingga ke hati
Kita tersenyum telah berjaya melepasi .

Hari ini dan esok yang akan di hadapi
Kita berdoa pada Illahi
Di beri kesejahteraan sehidup semati
Menghadapi duniawi dan ukhrawi ...



Cinta kita

Pertemuan kita dulu
Lalu cinta kita berpadu
Abang menjadi suami mu
Dan sayang mejadi isteri ku .

Cinta kita terus syahdu
Cinta kita semakin membara menyala .

Apa yang kita nikmati bersama
Kita sangat bahagia
Kita rela jiwa dan raga.

Sayang !
Indahnya cinta kita
Murninya kita rasa
Berjauhan merindu sentiasa
Berdekatan membelai mesra
Kita bercinta selama-lamanya ...







Ahad, 18 April 2010

Insan tercinta

Pada mu seluruh cinta ku
Kekal di situ
Tidak mengira waktu .

Sejak aku mengenali mu
Saat itu bermula rindu ku .

Bila bersama mu
Rindu bertambah rindu .

Aku bahagia bersama mu
Kaulah insan tercinta ku .

Doa pada Illahi
Semoga kenikmatan ini
Berterusan hingga ukhrawi ...

Sabtu, 17 April 2010

Kesabaran

Percintaan yang bahagia
Kekal selamanya ...

Bernama dunia
Pasti ada cabaranyan
Kesabaran rasipi paling berguna
Buat kita mengatasinya .

Cinta yang telah kita bina
Bersama kita menjaganya .

Bila ada kepahitan
Kita cari kemanisan ...
Kita terus bersama .





Jumaat, 16 April 2010

Kau segala

Tangisan di hati mu
Berdarah kesakitan di hati ku
Senyum di hati mu
Keriangan amat di hati ku .

Hati mu dan hati ku
Adalah satu di hati ku .

Tanpa diri mu
Tiada dunia ku ....

Kita bersama walau bagaimana .......




Jumaat, 9 April 2010

Belaian mu

Belaian kasih sayang mu
Tidak pernah berkurang
Sayang mu terus berkembang .

Lembut sentuhan mu
Menyentuh kasih dan rindu .

Aku bernafas bersama cinta mu
Lembut manja tanpa ragu
Syukur aku pada Tuhan ku
Nikmat paling indah yang aku temu
Bersama cinta mu tanpa jemu .




Rabu, 7 April 2010

Membara

Tetap membara cinta
Bersama perjalanan masa
Bahagia demi bahagia .

Mereka yang lahir di dunia
Mewarnai cinta kita
Menguji kesabaran bersama .

Bara cinta kita
Membakar halangan apa jua
Dari masa kemasa
Cinta kita di hati kita ...








Isnin, 5 April 2010

Bersama mu

Memiliki mu
Segalanya aku temu
Cinta ku begitu syahdu
Dalam dakapan mesra cinta mu ...

Rindu ku tetap rindu
Merindu dan merindu bersama mu
Tanpa aku jemu
Mencium wangian cinta mu
Merasa manis sayang mu .

Bahagianya bersama mu
Zahir ku tertawa
Batin ku tergoda ...

Ahad, 4 April 2010

Cinta dari mu

Kau miliki cinta paling suci kurniaan Illahi
Di hati mu tidak berubah dilanda keadaan dan waktu .

Bila aku terjatuh
Kau sapu darah di dahi ku
Sentuhan mu azimat berani bagi ku
Aku tidak mengalah
Terus berjuang mencium kebahagiaan
.

Kau di sisi ku
Tiada berundur lagi ...





Jumaat, 2 April 2010

Mimpi ngeri

Pergi kau dari hati
Kau sebuah mimpi
Bukan realiti .

Pergi pergi pergi
Aku benci
Kau tidak di undang datang di sini
Jangan ganggu hidup kami
Di sini kami hidup murni
Tanpa sakit hati
Tanpa benci .

Moga kami direstui Illahi ...




Khamis, 1 April 2010

Kebahagiaan


Kita berbahagia bersama
Kebahagiaan bukan kerana harta
Kebahagiaan bukan kerana rupa
Kebahagiaan dari hati kita
Bukan sesuatu yang di paksa
Satu kerelaan yang sangat gembira
Di hati ku kau lah juara
Di hati mu aku lah juara
Juara dari segala juara ...

Yang kita capai , hadiah paling berharga
Yang belum jaya
Kita tidak berputus asa
Tanpa sayap terbang jua
Tanpa kaki melangkah perkasa .

Bersama cinta
Tiada yang boleh menghalang kita
Bersama doa pada Yang Maha Berkuasa .