Rabu, 31 Mac 2010

Cinta Abadi

Bayang yang di cipta sendiri
Di anggap bakal terjadi
Sakitnya hati
Khayalan menikam diri
Duri-duri yang di tusuk sendiri
Menjadi musuh diri .

Yakinkan diri
Kenali hati dan budi
Insan yang di kasihi .

Insan yang kau sangsi
Sayangi diri mu setulus hati
Kau kekasihnya sehidup semati
Cintanya pada mu cinta abadi ...

Usah kau sangsi
Usah kau sangsi
Usah kau sangsi .....












Selasa, 30 Mac 2010

Perpisahan


Dalam lakaran kehidupan
Ada ketika kita berjauhan
Demi tuntutan kehidupan .

Di saat hendak berjauhan
Penyataan cinta mencium persalaman
Bimbang dan kerisauan sendirian
Ucapan bunga-bunga keraguan
Gurauan cemburu tanda kasih sayang yang di lafazkan .

Kita hindar gangguan perasaan
Jangan biarkan tersenyum si syaitan
Mengoda bila berjauhan .

Di hati dan ingatan
Tegaskan bila berjauhan
Tidak ada perpisahan
Bermesralah dengan kerinduan
Cinta sejati yang berkekalan .







Isnin, 29 Mac 2010

Semakin Cinta


Percintaan kita
Cinta semakin cinta
Setiap hari baru kita teroka
Bersama cinta bersama bahagia .

Jatuh cinta di awal usia
Kekal hingga ke bila .

Bila kita terlanjur bicara
Terguris sedikit rasa
Kemaafan tanpa di paksa
Kerelaan yang sangat mulia .

Kau dan aku mengukir ceritera cinta
Rela berkorban apa jua
Susah senang
Sakit sejahtera
Kita bersama .

Harta benda dan paras rupa
Bukan yang paling utama
Cinta kita di hati kita
Terus membara
Terus menyala
Bersama doa
Memohon kemenangan kurniaan Maha Berkuasa .







Ahad, 28 Mac 2010

Cinta mu dan cinta ku

Bukan satu perkasihan mimpi
Percintaan kita sebuah realiti
Siang dan malam kita sama-sama lalui
Cinta kita di ikat hukum Illahi .

Dua hati bercantum sehidup semati
Dua jiwa rela dengan ketentuan Illahi
Sama mencintai
Sama merindui
Kasih sayang tanpa diragui
Berjauhan di nanti
Dekat di dekati ...
Senyum mu kerelaan amat suci
Tangisan mu menyata keikhlasan hati
Membetulkan apa yang tidak menepati
Dan kita saling mengerti
Bersedia rela mengatasi ...









Sabtu, 27 Mac 2010

Cinta selamanya


Selamanya kita bersama cinta itu
Cinta yang aku miliki dari mu
Di situlah kasih sayang ku .

Pada cinta mu
Bersama kasih sayang ku
Bersama mu tanpa jemu .

Kadang kau kelu dengan bicara ku
Mengusik jiwa mu
Tapi di hati mu
Kau sentiasa tahu
Kau tetap mengenali ku
Tidak berubah hati ku
Cinta ku hanya pada mu .

Seketika hati mu pilu
Bila fikir mu terharu
lalu aku tersenyum
Mencium hati dan jiwa raga mu
Menghilangkan segala keliru .

Hati kita berdua bersama
Kekal dalam satu cinta
Ketawa bahagia selamanya
Bercinta selamanya .









Jumaat, 26 Mac 2010

Kau dan aku


Bila kau dalam pelukan ku
Rindu mu milik ku
Rindu ku milik mu
Kasih dan sayang menjadi padu
Cinta amat syahdu .

Nafas mu adalah nafas ku
Gembira mu tawa ku
Pilu mu aku terharu
Tanpa mu siapalah aku .





Cinta kita

Indahnya cinta kita
Bahagianya kita bersama .

Ketika kau menjadi kekasih ku
Setiap kita bertemu
Hendak berpisah terlalu pilu
Aku selalu merindu
Ingin menjadi suami mu
Mengharap perkahwinan yang bahagia .

Kini kita bersama
Bukan lagi bermimpi
Kau sentiasa di sisi
Kita teman menemani
Apa yang ku rasai
Kau ikut merasai
Tidak perlu berpisah lagi
Bergandigan cinta kurniaan Illahi
Ikatan suci suami isteri .

Rabu, 24 Mac 2010

Cinta suci

Cinta itu ada pada mu
Kau serahkan pada ku .

Cinta suci
Setia tiada berbelah bagi
Tanpa terdetik rasa benci
Kasih sayang dari hati
Rindu tanpa henti
Bangga menjadi seorang isteri
Memiliki anak -anak dan suami .

Bertuahnya rasa diri ini
Miliki seorang suri
Bagai bidadari ku temui
Cantik wajah untuk ku tatapi
Indah budi untuk ku nikmati ..

Siang dan malam ku
Bersama mu tanpa jemu .

Berdoa pada Illahi
Di kekalkan kebahagian ini
Di dunia ini
Dan di akhirat nanti .

Selasa, 9 Mac 2010

Tanpa mu


Bila berjauhan sesekali
Tanpa mu di sisi
Aku gelisah sendiri
Segala kisah ku ingati
Gelora rindu di hati .

Wajah mu bermain dalam ingatan
Suara mu selalu kedengaran
Menyebut sayang erti perkasihan
Menyubur cinta sepanjang zaman .

Wahai isteri ku .

Aku memerlukan mu
Gembira tawa mu .

Jauh dari mu
Menyiksa jiwa ku .

Aku ingin selalu bersama mu ..




Isnin, 8 Mac 2010

Kasih sayang mu

Isteri yang ku cintai
Kasih sayang mu harum sentiasa
Kadang kita bermimpi
Tapi kita tidak terdaya
Kau tidak berkecil hati
Kita tetap berbahagia
Kita saling mengerti .

Yang kau pinta bukan harta kekayaan dunia
Yang kau mahu cinta dan kasih setia
Hati mu yang begitu mulia
Anugrah yang Maha Kuasa .

Kita bahagia walau kita tiada
Kita tidak berputus asa
Lalu kita berusaha
Dan kita berdoa .



Ahad, 7 Mac 2010

Isteri

Siapalah aku tanpa diri mu
Kau sentiasa bersama ku
Tidak mengira waktu
Kesanggupan mu ...
Keberanian yang sukar di temu
Kesukaran demi kesukaran melangkah tanpa jemu .

Cinta mu paling suci anugrah Illahi
Kasih mu tidak tergoda oleh duniawi
Kegembiraan kita sama lalui
Dalam kepayahan kau tetap di sisi
Kesabaran mu amat tinggi .

Terima kasih Tuhan ku Yang Maha Suci
Menemukan aku dengan insan sebaik ini .

Wahai isteri yang ku kasihi
Ku cium kaki mu penuh erti ...



Jumaat, 5 Mac 2010

Salam ...

Salam perkenalan .

Salam persahabatan untuk semua .

Salam sejahtera untuk semua .

Selamat mencari pasangan hidup ...

Selamat pengantin baru .

Selamat bersuami isteri .

Moga berbahagia selama-lamanya.